kalo makan pon bleh hilangkan stress ke?
salam ceria..
nak share ngan kawan2..
8 Tip Tangani Tekanan..
1. Tarik nafas sedalamnya dan hembus perlahan-lahan
setiap kali berhadapan dengan masalah. Jangan cepat melatah
sebaliknya berfikir dengan tenang..
2. Senaraikan beberapa cadangan kepada penyelesaian masalah kita..
Cuba selesaikan satu demi satu..
3. Belajarlah untuk berbicara tentang masalah yang kita hadapi
dengan teman rapat atau insan yang boleh anda percayai..
4. Berikan masa untuk diri sendiri.Jadikan hari itu sebagai
'hadiah' untuk kita lakukan apa saja
demi menghiburkan hati..
5. Senyum dan ketawalah..Jangan terlalu serius dalam setiap
hal kerana ini juga akan membuatkan anda mudah tertekan..
6. Mendengar muzik, membaca atau tontonlah filem jenaka
supaya minda dapat bersantai..
7. Apa salahnya jika sesekali kita pergi bermain
di pusat permainan yang terletak di pusat
membeli-belah. Kita pasti akan terasa puas
dan tenang selepas itu..
8. Bagi yang beragama Islam, banyakkanlah
berzikir setiap kali dilanda kerisauan.
Memohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan..
akhir sekali..ceria selalu..hehehe